Wednesday, 16 November 2011

Kadet Bomba Kebangsaan


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia 

Syukur Alhamdulillah setelah selesai Perkhemahan Kadet Peringkat negeri , seramai 10 orang kadet bomba dari SM Excel , mengikuti pemilihan untuk menyertai Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Hutan Bandar , Mutiara Rini , Johor Tengah , Johor Bharu , Johor . 

Alhamdulillah seramai 9 orang kadet daripada 10 orang yang mengikuti pemilihan ini terpilih mengikuti Perkhemahan tersebut . 



 Salnizam Duraman

 Annafi Annur 

Syahmi Suandi 

Syuhada & Shahridah 

Shamirol Shahid 

Siti Rafiah Yahya

Farin Wahida 

Nur Amira Salleh 

Para Kadet menghadiri latihan selama sebulan di Balai Bomba Kg Layang- Layangan , ketuai oleh pengerusi teknik Kadet Bomba , En . Ashraf dan di bantu oleh Pegawai Bomba Azri Abidin , PB Faizal , PB Azizul , PBW Suzana . 

Pada 18 Jun 2011 Kadet Bomba Kebangsaan berangkat dari Labuan ke KK seterusnya ke JB , diketuai oleh Tuan Yusaini.. 

Kontijen Labuan membawa beberapa kejayaan iaitu ,
Kuiz Kebombaan - Ketiga 
Kawad Kering Menyelamat (P) -Ketiga 

Tahniah di ucap kan kepada kadet sekalian . 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 

Pada bulan April yang lepas , Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan di bawah sektor pembangunan dan kemanusiaan Unit Bdan Beruniform dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia , WP Labuan telah mengadakan Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Sekolah Menengah Peringkat WP Labuan . 

Perkhemahan ini berlangsung selama 3 hari 2 malam , bertempat di Sekolah Menengah Teknik Labuan . 
Pendaftaran kadet bermula pada pukul 2 petang , selepas kaum Adam menunaikan solat Jumaat . Selepas sesi pendaftaran berlansung , para kadet dari setiap sekolah di minta untuk mendirikan khemah masing masing di tempat yang di sedia. Seramai 9 buah sekolah menengah telah menyertai perkhemahan ini . 



 Kadet SM Excel tekun mendirikan khemah 

Sesi Taklimat dari Kem Komander 

Selesai mendirikan khemah 

Ketua Platun SM Excel khusyuk mendengar taklimat 


di sebelah malamnya pulak , seramai 10 orang kadet dai setiap sekolah di kehendaki ke dewan mkan SMT bagi menyertai Pertandingan Kuiz Kebombaan . para kadet yang lain , di minta berkumpul di tapak perhimpunan bagi menjalan kan aktiviti Ice Breaking . Cuara tidak begitu mengizinkan , hujan turun dengan lebat nya selepas para kadet minum malam . Kadet kadet di minta untuk ke Dewan SMT , berikutan cuaca ribut yang melanda . Para Kadet bermalam di Dewan SMT . 

Pada keesokan hari nya , SABTU , para kadet bersiap sedia bagi menjalankan Pertandingan Kawad Kaki , di sebabkan tiada padang kawad di SMTL , pihak Bomba terpaksa , menghantar para kadet ke SMK Pantai , bagi menjalan kan aktiviti Pertandingan Kawad Kaki . Pertandingan Kawad Kaki bermula pada pukul 8 pagi . Pasukan Kadet Bomba dari SM Excel bersaing sengit dengan sekolah sekolah yang menyertai Pertandingan ini. 

Selepas tamat pertandingan Kawad Kaki , acara di teruskan dengan Pertandingan Kawad Operasi Campuran dan Kawad Kering Menyelamat . Para Kadet terpaksa berhadapan dengan cuaca panas terik pada ketika itu . Alhamdulillah Kadet Bomba SM Excel , berjaya menhadapi cabaran ini dengan jaya nya . 

Pada sebelah malam nya pula , aktiviti malam Kebudayaan di jalan kan di Dewan SMT . semua sekolah diwajibkan menyertai pertandingan ini . Sekolah sekolah yang lain banyak memberi saingan yang hebat antara satu sama lain , untuk mendapat gelaran JUARA ! 

Ahad , selepas selesai sarapan pagi , aktiviti diteruskan dengan Pertandingan Kawad Operasi Basah Lelaki dan Perempuan . Para Kadet terpaksa menjalankan pertandingan ini dalam keadaan hujan lebat. ini menyukarkan lagi keadaan para kadet , namun Kadet Bomba SM Excel tidak mengeluh dengan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Para Kadet Bomba gigih berusaha untuk mengcapai kejayaan . 

Setelah selesai Pertandingan tersebut , para kadet diminta untuk mengemaskan tapak perkhemahan , sebelum acara penutupan di jalan kan pada sebelah petang . Berbeza dengan tahun tahun sebelum ini, tahun ini aktiviti Jungle Treking tidak di jalan kan , ekoran masalah masalah yang tidak dapat di elakkan . 

Tepat pada pukul 2 petang , Majlis Penutupan Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Sekolah Menengah di adakan di Dewan Campin SMT Labuan . Beberpa dif dif terhormat telah menghadiri Majlis Penutupan ini . 

Berikut Pencapaian Kadt Bomba SM Excel 

Kawad Kaki Campuran - Naib Johan 
Kawad Operasi Campuran - Ketiga 
Kawad Operasi Pam Basah (P) - Ketiga 
Kawad Kering Menyelamat (L) -Naib Johan 
Kuiz Kebombaan - Ketiga 

Tahniah di ucapan kepada Kadet Wanita Nur Syuhada Ahamd kerana dinobat kan sebagai 
Kadet Wanita Harapan Terbaik . Ini sekaligus menaikkan nama sekolah kita . 


Acara selesai pada pukul 5 petang , para Kadet Bomba SM Execel , menaiki bas sekolah seterusnya balik ke sekolah dengan selamat dengan membawa KEJAYAAN ! 

Tahniah di ucapkan ! 

Monday, 14 November 2011

Lagu Kadet Bomba

Kadet Bomba bersatu
Sama berganding bahu
Pemuda pemudi harapan
Tiang negara

Jiwa raga yang murni
Tanggungjawab membantu
Di mana jua
Tetap bersedia
Menimba ilmu jaya

Demi masa hadapan
Berwawasan matlamatnya
Pastikan berjaya
Kadet bomba bersatu
Bersemangat membara
Cita-cita tersemat luhur

Gigih berusaha
Ikrar kami sahutlah
Berani beretika
Harumkan nama
Malaysia jaya ( 2X )

Logo Bomba



Bahagian atas logo Jabatan bomba dan Penyelamat, Malaysia terdapat bentuk bulan sabit dan bintang yang membawa makna bahawa nilai-nilai Islam dan nilai-nilai murni diserapkan ke dalam budaya kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

Topi keledar dan kapak bersilang bermaksud keselamatan kepada personel Jabatan yang memberikan perkhidmatan secara profesional.

Bunga padi melambangkan kuasa untuk melaksanakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dan juga kemakmuran negara.

Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi, warna kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dan warna biru melambangkan air yang digunakan sebagai media utama pemadaman kebakaran.

Pakaian Celoreng Bomba

Etika Bomba

Etika Bomba

Berkhidmat untuk negara kerana Allah

Sentiasa berkhidmat untuk faedah masyarakat

Taat dan setia, cekal dan sabar

Bekerja dengan dedikasi, cekap dan berdisiplin

Siap sedia setiap masa

Seerat serasa sehati sejiwa
Visi
"Menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan yang bertaraf antarabangsa."


Misi
"Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia komited
untuk memberi perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang profesional
bagi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar
dengan menggunakan sumber secara berkesan dan teknologi terkini."

Garis Panduan Kadet Bomba

OBJEKTIF
Memastikan penubuhan perlaksanaan aktiviti Kadet Bomba mengikut peraturan yang telah
ditetapkan.
SKOP
Skop perlaksanaan Pengurusan Kurikulum Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia meliputi sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia.

DEFINISI PASUKAN KADET BOMBA
Pasukan di sekolah dan telah berdaftar mengikut Buku Garis Panduan Pengurusan Dan Latihan Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia.

AHLI KADET BOMBA
Murid-murid sekolah berkenaan yang mengikut Pasukan Kadet Bomba mengikut Buku Garis Panduan Dan Latihan Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

JURULATIH KADET BOMBA
Pegawai atau anggota yang dilantik unutk jurulatih dan penolong jurulatih untuk melaksanakan latihan.

GURU KADET BOMBA
Guru yang dilantik oleh sekolah yang bertanggungjawab menyelaraskan aktiviti pasukan kadet.

SEjarah Kadet Bomba

Penubuhan Kadet Bomba bermula apabila Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Seremban membuat permohonan untuk menubuhkan persatuan tersebut di maktab tersebut. Majlis pelancaran penubuhan Persatuan Kadet Bomba maktab tersebut telah di rasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba Negeri Sembilan dan telah di hadiri oleh pegawai kanan dari Ibu Pejabat Bomba dan Jabatan Bomba Negeri Sembilan. Majlis gilang gemilang tersebut berlangsung di maktab tersebut pada 14 Mei 1984.
Motto Pasukan Kadet Bomba ialah ‘Berkhidmat Untuk Menyelamat’ yang mana ianya selaras dengan tujuan penubuhannya. Pelajar di beri latihan dan didikan kaedah penyelamat bukan sahaja ketika menghadapi kebakaran tetapi juga ketika menghadapi kecemasan yang lain. Berfalsafahkan tujuan untuk membina insan yang mempunyai sahsiah yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan fizikal, persatuan ini ternyata menarik minat ramai pelajar menyertainya. Matlamat utama penubuhan persatuan kadet bomba ialah membentuk pelajar yang peka terhadap isu-isu semasa, keselamatan dan kemanusiaan.
Dengan menyertai persatuan kadet bomba pelajar akan dapat menimba pengetahuan asas dalam bidang teori dan praktikal bantuan kebombaan, berkongsi kesefahaman dan meningkatkan kemahiran dalam menjalankan tugas dan memberi kesedaran kepada sekolah dan masyarakat secara umumnya tentang bahaya kebakaran dan kecuaian manusia.

Sunday, 13 November 2011

Sejarah Penubuhan Bomba Penyelamat Malaysia

Perkhidmatan bomba di Malaysia bermula pada tahun 1883 melalui penubuhan Skuad Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F.Bellamy dan 15 anggota. Pada tahun 1946 sebaik sahaja tamat Perang Dunia Kedua, Perkhidmatan Bomba Malayan Union (MUS) ditubuhkan dengan Flight Lt. W.J Gerumandi sebagai Pengarah Perkhidmatan Bomba Malayan Union. MUS berpengkalan di Kuala Lumpur.
Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, perkhidmatan bomba dan penyelamat diserahkan kepada pengurusan kerajaan negeri. Perkhidmatan tersebut kemudian disatukan sebagai satu jabatan persekutuan pada 1 Januari 1976 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Pada 8 Januari 1977, jabatan ini dinamakan semula sebagai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Kenderaan

[sunting]Unit laut

  • Hoverkraf bomba
  • Bot bomba

[sunting]Unit udara